Kera Sakti

ini adalah serial televisi yang ngebooming pada akhir tahun 90'an...

Sun Go Kong (Hanzi tradisional: 孫悟空; bahasa Tionghoa: 孙悟空; Pinyin: Sūn Wùkōng; Wade-Giles: Sun Wu-k'ung ; bahasa Hokkian:Sun-gō·-khong / Sun-ngō·-khong) adalah tokoh utama dalam novel Perjalanan ke Barat. Dalam novel ini, ia menemani pendeta Tong dalam perjalanannya. Sun Go Kong dalam bahasa Vietnam adalah Ton Ngo Khong, dalam bahasa Jepang adalah Son Gokū, dan dalam bahasa Thai adalah Sun Ngokong.
Sun Go Kong amat gagah , senang sekali mengangkat tongkat sakti Ruyi Jingu Bang yang beratnya 13,500 kati (8,100 kg). Sun Go Kong ialah seorang pejuang mahir yang mampu melawan panglima-panglima hebat di kayangan. Dia juga menghafal berbagai mantra untuk menghembuskan angin, membelah air, menyulap lingkaran lindungan dari ancaman setan,
sun go kong

Kelahiran dan kehidupan awal

Dilahirkan di Huāguǒ-shān (Cina: 花果山; Gunung Bunga-bunga dan Buah-buahan) daripada seketul batu mitos yang terbentuk oleh daya asal kecamukan, Wukong menyertai sekaum monyet dan kemudian dihormati kerana menemui Shuǐlián-dòng (Cina: 水帘洞; Gua Tabir Air) di belakang sebuah air terjun raksasa. Monyet-monyet yang lain menganugerahinya sebagai raja, dengan Wukong menggelar diri sebagai Měi Hóuwáng (Raja Monyet Kacak). Menyedari bahawa dia masih akan mengalami kematian, walaupun kuasanya ke atas monyet-monyet yang lain, dia berazam untuk mencapai keabadian. Wukong berkelana dengan rakit ke tanah-tanah yang beradab lalu menemui dan menjadi pengikut Bodhi, salah satu bapa Buddhisme/Taoisme. Menerusi penjelajahannya, Wukong juga memperoleh pertuturan dan tingkah laku manusia.[1]
Pada mula-mulanya, Bodhi enggan menerima Wukong sebagai pengikutnya karena Wukong bukanlah manusia. Bagaimanapun, kegigihan dan ketabahan Wukong kemudian menyebabknya Bodhi tertarik kepada monyet itu. Kemudian Bodhi memberikan nama resmi kepada Wukong yaitu, Sun Wukong ("Sun" membayangkan keasalan monyet, dan "Wukong" membawa pengertian sedar akan kekosongan). Tidak lama kemudian, minat dan kecerdasan Wukong menjadikannya salah satu pengikut kesayangan Bodhi. Justera, Bodhi membimbing dan melatihnya sebilangan perbuatan sakti dan Wukong memperoleh kuasa penganjakan bentuk yang dikenali sebagai "72 perubahan". Kemahiran itu yang dikatakan lebih serba boleh dan lebih sukar membenarkan pemiliknya bertukar kepada setiap bentuk kewujudan yang mungkin, termasuk manusia dan barang. Wukong juga belajar perjalanan awan, termasuk teknik Jīndǒuyún (balik kuang awan) yang dapat mencapai 108,000 li (54,000 km) menerusi satu balik kuang. Tambahan lagi, dia juga berupaya mengubah setiap 84,000 bulunya menjadi barang dan makhluk, malahan mengklonkan diri sendiri. Wukong kemudian berasa terlalu angkuh kerana keupayaannya dan mula bercakap berdegar-degar kepada para pengikut yang lain. Ini mengakibatkan Bodhi tidak gembira serta pengusirannya dari kuil Bodhi. Sebelum mereka berpisah, Bodhi mengarahkan Wukong supaya berjanji tidak akan memberitahu sesiapa pun tentang bagaimana dia mendapatkan kuasa tersebut.[1]
Di Huāguǒ-shān, Wukong memantapkan kedudukannya sebagai salah satu syaitan yang paling berkuasa dan terpengaruh di dunia. Untuk mencari senjata yang sesuai, dia menjelajah ke lautan dan memperoleh tongkat Ruyi Jingu Bang. Tongkat itu berupaya mengubah saiz dan mendarabkan diri, serta boleh berlawan mengikut kehendak hati pemilik. Ia pada asalnya digunakan oleh Dà-Yǔ untuk mengukur kedalaman lautan dan kemudian menjadi "Tiang yang Menenangkan Lautan" serta harta karun Ao Guang, "Raja Naga Laut Timur". Beratnya tongkat itu 13,500 kati (8.1 tan). Apabila Wukong mendekatinya, tiang itu mula bersinar demi menandakan bahawa ia telah menjumpai pemiliknya yang benar. Sifat tongkat itu membolehkan Wukong menggunakannya sebagai senjata serta menyimpannya di dalam telinga sebagai jarum jahit. Ini menakutkan makhluk sakti laut serta mengakibatkan huru-hara di laut kerana tiada sebarang lain yang dapat mengawal pasang surut lautan. Selain daripada merampas tongkat sakti itu, Wukong juga menewaskan naga-naga empat laut dalam pertempuran dan memaksa mereka memberikannya baju zirah (鎖子黃金甲), topi berbulu burung phoenix (鳳翅紫金冠 Fèngchìzǐjinguān), serta but yang membolehkan perjalanan di atas awan (藕絲步雲履 Ǒusībùyúnlǚ). Wukong kemudian mengingkari percubaan Neraka untuk mengambil nyawanya. Untuk mengelakkan penjelmaan semula seperti semua makhluk yang lain, dia menghapuskan namanya bersama-sama nama semua monyet yang dikenalinya daripada "Buku Hidup dan Mati". Raja-raja Naga dan Raja-raja Neraka kemudian memutuskan untuk mengadukannya kepada Maharaja Jed di Syurga.
ti pat kay

Hura-hara di Alam Syurga

[[Fail:Sun Wukong at Beijing opera - Journey to the West.jpg|thumb|200px|Sun Wukong, sebagaimana digambarkan dalam adegan opera Beijing.]]
Mengharap-harapkan bahawa suatu kenaikan pangkat dalam kalangan dewa dapat menjadikan Wukong lebih mudah dikawal, Maharaja Jed menyambut Wukong ke Syurga. Wukong mempercayai bahawa dia akan dikurniai sebagai salah satu dewa tetapi malangnya, dia hanya dijadikan ketua kandang kuda syurga untuk menjaga kuda. Apabila Wukong mendapat tahu tentang hal itu, dia memberontak dan mengisytiharkan diri sebagai "Pendeta Agung, Sama Pangkat dengan Syurga" dan bersekutu dengan sesetengah syaitan yang paling berkuasa di dunia. Percubaan awal Syurga untuk menguasai Raja Monyet tidak berjaya. Lantaran itu, para dewa terpaksa mengakui gelaran Wukong tersebut serta mencuba menawarkannya kedudukan "Pelindung Taman Syurga". Apabila Wukong mendapati bahawa dia tidak dijemput untuk menyertai sebuah jamuan diraja, walaupun semua dewa dan dewi dijemput, kemarahannya menjadi keingkaran terbuka. Selepas mencuri "pic keabadian" Xi Wangmu, pil lanjut usia Lao Tzu, serta wain diraja Maharaja Jed, Wukong melarikan diri kembali ke kerajaannya untuk menyediakan pemberontakan.
Wukong kemudian menewaskan Tentera Syurga yang terdiri daripada 100,000 pahlawan samawi dan membuktikan diri sebagai setanding dengan Erlang Shen, jeneral Syurga yang terunggul. Bagaimanapun, dia kemudian ditangkap atas pemuafakatan kuasa Taoisme dan Buddhisme, serta usaha sesetengah dewa. Selepas beberapa percubaan yang gagal untuk menjalankan hukuman mati ke atasnya, Wukong dikurung di dalam sebuah kawah bagua Lao Tzu untuk disuling menjadi eliksir oleh api samadhi yang paling panas. Bagaimanapun, kawah itu meletup selepas 49 hari dan Wukong melompat ke luar, kini lebih kuat daripada dahulu. Wukong kini berupaya mengecam kejahatan dalam sebarang bentuk menerusi huǒyǎn-jīnjīng (火眼金睛) (secara harafiah, "renungan keemasan mata bernyala-nyala"), satu keadaan mata yang juga mengikabatkan kepekaannya kepada asap.
wu ching
Dengan semua pilihan dicuba dan gagal, Maharaja Jed serta pihak berkuasa Syurga merayu kepada Buddha yang tinggal di kuilnya di Barat. Buddha bertaruh dengan Wukong bahawa dia (Wukong) tidak dapat melarikan diri daripada tapak tangannya. Wukong yang berupaya mencapai 108,000 li dengan satu lompatan, dengan angkuhnya bersetuju lalu melompat dengan sedaya upayanya. Apabila dia mendarat, dia tidak dapat melihat apa-apa pun kecuali lima batang tiang. Justera itu, Wukong meneka bahawa dia telah tiba ke hujung Syurga. Untuk membuktikan pencapaiannya, dia menandakan tiang-tiang itu dengan frasa yang mengisytiharkan diri sebagai "Pendeta Agung yang Sama Kedudukannya dengan Syurga". Selepas itu, dia melompat kembali ke tapak tangan Buddha hanya untuk menyedari bahawa lima "tiang" itu sebenarnya ialah lima jari tangan Buddha. Apabila Wukong cuba melarikan diri, Buddha menukarkan tangannya menjadi gunung lalu mengurung Wukong di dalamnya dengan menggunakan azimat yang ditulis dikir, Om Mani Padme Hum, dalam huruf emas. Wukong terkurung di sana selama lima abad.

Pengikut kepada Xuanzang

Lima abad kemudian, Bodhisatva Guanyin sedang mencari-cari pengikut untuk melindungi Xuanzang, seorang penziarah Dinasti Tang, yang ingin membuat perjalanan ke India untuk memperoleh sutra agama Buddha.
tong sam chong
Apabila Wukong terdengar hal itu, dia menawarkan diri sebagai pertukaran untuk kebebasannya. Guanyin memahami bahawa monyet itu bukan senang untuk mengawal dan oleh itu, memberi Xuanzang sebuah cekak rambut ajaib, hadiah daripada Buddha. Sebaik sahaja Wukong ditipu memakainya, cekak itu tidak dapat dikeluarkan semula. Dengan dikir yang khusus, cekak itu dapat diketatkan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak tertahan pada kepala Wukong. Atas keadilan, Guanyin juga memberi Wukong tiga bulu yang istimewa yang boleh digunakan dalam kecemasan yang teruk. Di bawah penyeliaan Xuanzang, Wukong dibenarkan membuat perjalanan ke Barat.
Pada sepanjang epik Perjalanan ke Barat, Wukong membantu Xuanzang dengan setia dalam perjalanannya ke India. Mereka disertai oleh "Pigsy" (猪八戒 Zhu Bajie) dan "Sandy" (沙悟浄 Sha Wujing) yang menawarkan diri untuk menemani sami itu bagi menebus dosa mereka. Kuda sami sebenarnya ialah putera naga. Keselamatan Xuanzang sentiasa terjejas oleh syaitan-syaitan serta makhluk-makhluk ghaib yang lain yang mempercayai bahawa daging Xuanzang, apabila dimakan, dapat melanjutkan usia. Wukong sentiasa bertindak sebagai pengawal peribadi Xuanzang dan dikurniai kuasa Syurga untuk memerangi ancaman-ancaman tersebut. Pada keseluruhannya, kumpulan itu menghadapi 81 kesengsaraan sebelum mencapai misi mereka dan kembali ke China. Wukong kemudian dikurniai dengan Kebuddhaan atas perkhidmatan dan kekuatannya.





Tidak ada komentar:

Posting Komentar