Sesi
ini akan menguraikan berbagai ramalan akhir jaman yang dikemukakan oleh
Nostradamus merujuk pada al hadist, sekaligus membuktikan terdapat
“mala-fide” Yahudi dalam konspirasi menyesatkan umat Islam.
1. Akan muncul A New World Religion.
Kemunculan satu kekuasaan baru dunia berteraskan agama yang telah
disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadist. Di
antaranya, Sabda Rasulullah SAW: ”Sesungguhnya Allah akan membangkitkan
bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid
yang bakal membaharu (menghidupkan) urusan agamanya.” (Riwayat Abu Daud,
Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti
berkata: Para penghafal hadis sepakat mengatakan hadis ini sahih). Kita
kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah. Mengikut
tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama. Artinya kita kini berada di awal kurun.
Sebagaimana
janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir
seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di
zaman ini. Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan
berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda
Rasulullah SAW: “Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka
berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian
berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa’-ur-Rasyidin) yang berjalan
seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah
kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman
pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah).
Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki.
Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan
dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah
zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula
zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas
cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam.” (Riwayat Ahmad)
Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman
Khulafa’-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rusak sedang rakyat
masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini
adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang kembali. Inilah
yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East. Kebangkitan
yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur
sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadis disebutkan berkenaan
pemimpin dari Timur itu:
1.Daripada
Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali;
baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang
memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian
itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang
dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadis
riwayat At Tabrani)
2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah
hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa
berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada
mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.
(Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)
3.
Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga laut. Negara
Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga
buah laut. Siapa saja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan
membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sama
halnya Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di
akhir zaman ini. Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya
melalui hadist. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka
berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di
sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada sifat demikian dan di
negeri-negeri berkenaan, mereka menjalankan ‘kerja-kerja kotor’ yaitu
coba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara.
Dengan
berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam
untuk kedua kali dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah
wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu telah menjadi sasaran utama
mereka karana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya “The Man from
The East”. Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi)
yaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum
Nasrani sementara Singapura adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi.
Dari
kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini,
terutamanya Indonesia karena dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim
itu berasal dan berkembang di Indonesia. Itulah bukti kukuh kepercayaan
para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim
dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan
dibangkitkan. Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat,
setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perdagangan, hubungan
politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak
kelihatan niat sebenarnya mereka atas umat Islam di kawasan ini.
Di
samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat besar mereka
sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh umat Islam di kawasan
Indonesia sejak dahulu hingga ke hari ini. Hal-hal seperti ini hanya
dapat diketahui melalui penelitian oleh para sarjana dan cendekiawan
mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri saja. Begitu
bijaknya mereka beroperasi.
Bisa
jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi
Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan
Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih
berganti menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup
Yahudi di sana. Mereka terlelap dalam keghairahan itu, sebuah negara
yang juga terletak di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu
dan Lautan Hindi.
Indonesia
adalah negara kepulauan, dan sudah pasti dikelilingi oleh laut,
sedangkan Malaysia (khususnya semenanjung) hanya di lingkungi tiga
penjuru. Di Utaranya tidak ada laut (tanah besar Thailand). Umat Islam
tidak boleh memandang remeh tentang perkara ini. Kajian pihak musuh
bukan kajian yang main-main kerana mereka berjuang antara hidup dan
mati.
Kita
kini berada hampir di penghujung awal kurun. Mungkin beliau sedang
berjuang tetapi tidak disedari oleh musuh-musuh, atau dianggap remeh
oleh musuh. Begitulah apabila Allah mahu mengalahkan musuhNya.
4.
Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat. (Indonesia sudah menjadi
Ketua Asean 2011)Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut dengan
pelantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini
disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya. Ketika
itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika
sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu,
ekonominya akan lumpuh terus dan hapus lalu beliau gantikan dengan
sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi
Islam yang beliau gunakan nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli
ekonomi dan tokoh perniagaan yang pakar-pakar di seluruh dunia. Sistem
ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan
sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak berdaya. Akhirnya, sistem
ekonomi Islam yang beliau gunakan itu nantilah yang akan berkembang
pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang sudah ada di dunia.
Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin
tersebut.
Kedatangannya
memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana sebelum ini dipenuhi oleh
kezaliman. Dari Ibnu Mas’ud RA, katanya, “Ketika kami berada di sisi
Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani
Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW
dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya,
“Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?”
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat
lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran
selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa
bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi
tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu
diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima
sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum
kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini
dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya,
maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji.
Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah)
Keadilan
yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek politik,
ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Sabda Nabi SAW,”Akan keluar dari
sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan memenuhkan bumi ini
dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu,
hendaklah kamu turut menyertai Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia
datang dari sebelahTimur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi.”
(Riwayat At-Tabrani)
5. Ketika muncul, dia memakai sorban biru (The Blue Turban).
Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat
cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu
diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak bersorban
seperti Rasulullah SAW. Walaupun ketika ini, amalan sunnah seperti
bersorban itu telah dimomok-momokkan oleh orang. Disebutkan tentang
warna sorban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang serban pemimpin
ini, secara khusus ataupun secara umum (merangkumi
pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan
Imam As Sayuti.
Ketika
kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di
dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma
sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahawa
hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain
ketika itu, terutamanya ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan
serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apalah lagi untuk memakai
serban yang berwarna biru atau hijau.
Berat
pula pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban
berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat
kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, serban warna biru itu
dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah
Timur dan mula-mula diberikan baiah oleh sekalian manusia. Mungkin
begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.
6.
Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Ini suatu
yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh
dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini ialah, hari Khamis
malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin
selepas sembahyang Maghrib di masjid, di surau atau di rumah. Beliau
menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah beliau akan
membanyakkan zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut
malam raya. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai
masa untuk membaca salawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah
malam Jumaat itu sebagai sangat istimewa bagi dirinya. Dan memang pun
begitu keadaannya bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para
sahabat lagi, hinggalah zaman salafus soleh dan diteruskan hingga kini,
mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan
malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Pesta seperti ini
hanya mampu dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang soleh
sahaja.Mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan
azam baru untuk melipatgandakan amal ibadat kepada Allah.
Itulah
maksud sebenar yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal,
Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis
sebagai hari istimewa bagi dirinya.Maksudnya di sini juga, umat Islam
ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri,
sehinggakan hari Khamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap
tidak berbeza langsung daripada hari-hari dan malam-malam lainnya. Tahun
yang disebut iaitu tahun Masehi 2000 telah tiba.
Sebagai
orang yang beriman dengan hadis sepatutnya kita peka dengan perkara
ini. Di mana, di saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih lagi peka,
maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi
umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa
dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari
pemimpin yang dimaksudkan itu.Sabda Nabi SAW,”Akan datang Panji-panji
Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi.
Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka
dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas
salji.”(Riwayat Al-Hafiz Abu Naim).
Mantab
BalasHapusFullApkZ
Sampai sekarang the man from east masih hidup ???
BalasHapusYa hidup dan masih proses 😅
Hapus